Terma & Syarat
Selamat datang ke Lovely Boutique. Dengan menggunakan laman web ini dan membuat pembelian, anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dengan teliti sebelum membuat pembelian.
1. Penerimaan Tempahan
- Kami berhak menolak atau membatalkan mana-mana pesanan yang tidak mematuhi syarat kedai atau kerana isu ketersediaan stok. Jika pesanan dibatalkan, kami akan memaklumkan pelanggan dan memulangkan bayaran penuh.
2. Pembayaran
- Semua pembayaran mesti diselesaikan sepenuhnya sebelum penghantaran. Kami menerima pembayaran melalui pembayaran atas talian, kad kredit, bank transfer dan e-wallet.
- Harga yang tertera adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR)] dan termasuk cukai yang berkenaan, tetapi tidak termasuk kos penghantaran.
3. Penghantaran
- Kami menawarkan penghantaran di seluruh Malaysia.
- Tempoh penghantaran adalah di antara 3-10 hari bekerja bergantung kepada lokasi penghantaran.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan penghantaran yang disebabkan oleh syarikat penghantaran atau faktor luar seperti cuaca buruk dan lain-lain.
4. Polisi Pemulangan Barang & Pemulangan Wang
- Jika pelanggan tidak berpuas hati atau barang diterima dalam keadaan rosak atau barang tidak diterima, sila rujuk Polisi Pemulangan & Refund kami untuk maklumat lanjut.
- Semua permintaan untuk refund atau penggantian mestilah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas barang diterima atau 14 hari jika tidak menerima barang beserta bukti pembelian dan gambar barang.
5. Barang yang Tidak Layak untuk Pemulangan
- Barang yang telah dipersonalisasi atau diubah suai mengikut permintaan pelanggan tidak layak untuk pemulangan, kecuali jika terdapat kecacatan atau kerosakan.
- Barang yang dibeli semasa jualan atau dengan harga diskaun adalah jualan muktamad dan tidak layak untuk refund.
- Item Digital
6. Hak Harta Intelek
- Semua kandungan dalam laman web Lovely Boutique termasuk gambar, teks, reka bentuk, dan logo adalah harta intelek kami dan dilindungi oleh undang-undang. Penggunaan tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
7. Privasi Pelanggan
- Kami komited untuk melindungi privasi pelanggan. Sebarang maklumat yang dikumpul adalah untuk tujuan pemprosesan pesanan sahaja dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang.
8. Perubahan Terma
- Kami berhak mengemas kini atau menukar terma ini pada bila-bila masa tanpa notis. Sebarang perubahan akan dikemas kini di laman web ini, dan penggunaan berterusan menunjukkan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.
Nota: Dengan membuat pembelian, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di lovelybutik2013@yahoo.com & 0125929001.