Polisi Pemulangan

Polisi Pemulangan & Refund


Di Lovely Boutique, kami komited untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap pembelian. Jika anda tidak berpuas hati, kami akan membantu anda dengan proses pemulangan barang dan pemulangan wang.


1. Kelayakan untuk Pemulangan Barang dan Pemulangan Wang


  1. Tempoh Permohonan: Anda boleh memohon pemulangan wang dalam masa 3 hari selepas menerima barang.
  2. Keadaan Barang: Barang mesti berada dalam keadaan asal, tidak digunakan, tidak rosak, dan dalam pembungkusan asal.
  3. Bukti Pembelian: Sila sertakan resit atau bukti pembelian untuk memudahkan proses pemulangan barang dan pemulangan wang.


2. Barang yang Tidak Layak untuk Refund


  1. Barang Tersuai atau Dipersonalisasi: Barang yang diubahsuai mengikut permintaan pelanggan tidak layak untuk pemulangan wang kecuali jika terdapat kecacatan atau kerosakan atau kehilangan semasa penerimaan.
  2. Barang promosi atau Diskaun Akhir & Item percuma: Barang yang dijual sebagai "Jualan" atau "Diskaun Akhir" adalah jualan muktamad dan tidak boleh dikembalikan.
  3. Barang Digital : Item bersifat digital tidak layak untuk dikembalikan & pemulangan wang.


3. Proses Pemulangan Wang.


  1. Kos Penghantaran Pemulangan: Kos penghantaran untuk pemulangan adalah tanggungjawab pelanggan, dan kos penghantaran asal tidak akan dikembalikan.
  2. Pemeriksaan Barang: Selepas menerima barang yang dipulangkan, kami akan memeriksa keadaan barang tersebut.
  3. Kelulusan Pemulangan Wang: Jika barang memenuhi syarat kelayakan, refund akan diproses ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh 7 hari bekerja.
  4. Jumlah Pemulangan Wang: Pemulangan wang hanya meliputi harga barang yang dibeli dan tidak termasuk kos penghantaran.


4. Barang Rosak atau Cacat


  1. Jika anda menerima barang yang rosak atau cacat, sila hubungi kami dalam masa 3 hari selepas penerimaan. Kami akan mengatur penggantian atau pemulangan wang penuh setelah pemulangan barang kepada pihak kami.


5. Barang Tidak Sampai


  1. Tempoh Menunggu: Jika barang anda tidak sampai dalam masa yang dijanjikan (2 minggu) setelah penghantaran kepada pihak syarikat penghantaran dibuat, sila hubungi kami.
  2. Tindakan Susulan: Kami akan menyiasat dengan syarikat penghantaran. Jika didapati barang hilang dalam penghantaran, kami akan menawarkan pilihan untuk penghantaran semula atau pemulangan wang penuh.
  3. Permohonan Pemulangan Wang untuk Barang Tidak Sampai: Sila pastikan anda membuat permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh anggaran penerimaan yang diberi.


6. Cara Memohon Pemulangan Wang / Pemulangan Barang


  1. Untuk memulakan proses pemulangan wang atau penghantaran semula, sila hubungi kami melalui emel di lovelybutik2013@yahoo.com atau hubungi kami di 0125929001. Pasukan kami akan membantu anda dengan panduan lanjut mengenai proses pemulangan.


Nota Penting: Polisi ini mungkin tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk halaman ini untuk versi terkini.